Rinduku pada WCD

Thursday, September 18, 2014

Lesen snakehead utk Curado

Hari ni walaupun badan tak sihat, aku dapat juga lesen haruan utk curado. Total, 1 dapat, 1 rabut, 1 misscall. Ikan yg dpt dan misscall guna katak getah (lesen gak). Yang rabut guna buzzbait booyah

Shimano Curado 201HG, Braid cap ayam 20lb, Berkley Vanish 100% Fluorocarbon 25lb, Major Craft Basspara 10-16lb, Katak Getah Bakau/Surecatch (tak ingat)

35cm

Labels: ,

Tuesday, September 16, 2014

Memancing udang

Biasanya aku skeptikal sikit kalo part mancing udang. Mungkin sebab tak pandai dan selalu kumpau. Tapi disebabkan musim org tengah layan udang dan ade org offer naik bot.. layan je la. Aku memang pantang orang ajak naik bot. Hasilnya, dapat la aku lesen udang walaupun sebesar jari manis je (orang lain tak dapat langsung). Trip juga diselangi dengan drama menyelamatkan anak lembu yang stranded kat tebing (tak boleh panjat, tak boleh turun dalam air).



anak lembu lari ke dalam air apabila nak dikepung, terus halau balik ke tebing sebelum tangkap

Labels: ,

Sunday, September 14, 2014

Jigging paka

14 September adalah tarikh bersejarah buat aku sebab first time pi trip jigging dan boating bukan candat yang jauh sikit. Naik kat jeti Paka, seberang sungai dengan pasar Paka. bekalan air dan roti telah dibeli malam sebelumnya. Nasi tengahari tapau masa sarapan. Ais beli kat 7E. (rupanya lori ais datang masa tengah sarapan). Kesimpulan nya, trip kali ni hanya 2 orang dapat lesen jigging. Tapi tekong dah berusaha pindah banyak tempat, mungkin teknik jigging kami yang kaku (tengok video selepas balik). Yang pasti, aku nak repeat balik

Sarapan mengumpul tenaga

Bot yang kami naik
Acara jigging bermula

Tekong orang pertama bergasak
Anak tekong tukang tangguk
Tempat memang cantik, Tekong rajin pindah spot
Sifu Suhaimi bergasak dengan Ebek. Shimano Nascii 2000, Storm Gomoku Keiryo PE 0.4-1.0, Tuffline XP 10lb, Sunline 100% Fluoro 20lb, Jig Asari 60g

Lesen Jigging
Hasil lain

Hasil keseluruhan

Labels: ,

Saturday, September 06, 2014

Curado I ku hanyir juga

Setelah 1 bulan 11 hari beli Curado 201HG, dan hampir tiap minggu cast, akhirnya hanyir gak. Mangsanya sekor PB 34cm. Mulanya pada jam 8:15 aku dapat satu sambaran dengan flutterstick metallic perch. Tapi akibat palming reel yang salah, aku tertekan quickfire masa fight. Bila dah on balik, ikan pun bertahan sekejap sebelum rabut. Ikan yang aku dapat ni lak guna popper Yozuri 3DS. Sambaran yang cukup kuat menyebabkan sifu yang cast 20 meter dari tempat aku cast berpaling.


Shimano Curado 201HG, Braid cap ayam 20lb, Berkley Vanish 100% Fluorocarbon 25lb, Major Craft Basspara 10-16lb, Yo-Zuri 3DS Popper 65F HOK
34cm
 Ikan ni juga dah dikirim kpd En Yus.

Labels: ,

Friday, August 01, 2014

Shimano Curado 201HG

Shimano Curado 201HG 2014M juga dikenali sbg Curado I 201HG. 201 bermaksud saiz spool 200 dgn versi kayuhan kiri. HG pula brmaksud High Speed Gear Ratio (7.2:1).



first impression masa pegang, nak bandingkan dgn chronarch Ci4+ sbb SVS yg hmpir sama. tetapi rupanya curado ni lebih mirip kpd scorpion mungkin sbb tahun yg sama (2014). Bezanya (yang aku nampak), warna burgundy, bearing lebih lagi 2, coating untuk body material, material side plate, knob. tak pasti lak line guide scorpion tu ceramic ke tak. Curado tu besi je.

Aku rasa curado ni lebih "fine" dari black max (2x ganda harga kot...). Mungkin sbb xship. Jarak balingan mula2 dekat je. tapi dah lama sikit makin jauh :). Drag Star ada clicker tapi spool knob takde dan sikit ejas pun dah efek banyak. Saiz yang lebih "tinggi" dari Abu Garcia menyebabkan palming tak berapa best. Kedudukan quickfire yang tinggi dan "terkeluar" berbanding thumbar Abu Garcia menyebabkan aku pernah tertekan quickfire masa fight. tapi dengan sedikit praktis dah biasa. Setakat ni, aku rasa centrifugal ni memang best. Tak tau la kalo bearing banyak lagi rasa camne.

Nak try beli RBC ke? tah la.. tapi reel ni buat aku rasa nak convert dari Abu ke Shimano (padahal tak pernah pakai Abu yang lebih dari RM600 pun).

Labels: ,

Wednesday, July 30, 2014

Gadjet Baru (lagi)

Alhamdulillah Syukur kpd Allah kerana memberi rezeki dan sbb itu adanya post kali ni. beberapa hari lepas aku bpeluang membeli lpbc centrifugal yg aku teringin nak belajar selama ni. detail reel akan ku update kemudian sbb henfon ni xleh display script dialog box upload. review pula akan ditulis dlm post berasingan.

Labels: ,

Sunday, July 20, 2014

Misi mengawal populasi Peacock Bass #2

Hari ini (20 Julai 2014) casting PB diteruskan selepas jadual hari sebelumnya ditangguh atas sebab kecemasan keluarga. Sampai di syabas jam 7:20pagi, dah ramai dah mula casting dan ada yang dah gari ikan sampai 3 ekor. Port yang biasa aku lepak pon dah ade orang (org yang aku senyum kat dia tak dia tak berapa nak balas, so aku pon tak tanya apa2). Nampaknya kempen aku untuk mengurangkan ikan ni dah mendapat sambutan (cuma aku menbuat tangkapan terpilih, bawah dari 25 cm aku tak amik,diorang belasah je kecik2 pun).
Hasil misi mengawal populasi PB ni aku dapat tengok hari ni, 2 ekor toman bersaiz kira2 45cm lalu depan aku dan mengejar anak PB. Walaupun dia tak layan gewang tapi menunjukkan toman dah mula tak rasa terancam dengan PB kat sini.

Ok, kembali kepada aktiviti memancing. Selepas aku melintasi mamat tak nak senyum tu, ke port lama yang selang 30 meter dari port biasa. Alhamdulillah selang 2 minit kemudian dah ada strike namun bila sampai ke tepi ikan tersangkut di rumput dan selepas meronta, terlucut. Selang 20 minit dapat lagi seekor dan ikan terlucut juga bila aku dah angkat ke tepi.. Mungkin rezeki aku nak layan je kot. Setelah beberapa ketika, aku pindah ke port biasa (orang tu dah balik) dan serta merta mendapat strike, ikan cuba masuk ke samai di kiri dan kanan namun aku dapat kekang. Ni tangkapan pertama menggunakan flutter pearl ghost flash (2 yang lucut kat tebing tu pkai metallic perch).

Abu Garcia Black Max II, , Gawas CVX 20lb, Berkley Vanish 100% Fluorocarbon 25lb, Major Craft Basspara 10-16lb, Storm Flutterstick 7cm Pearl Ghost Flash

30 cm
Beberapa cast kemudian aku dapat 1 lagi strike. tapi jauh di depan samai dan ikan terus menuju tanpa aku dapat pam. Setelah beberapa  ketika ikan pun lucut dan aku kena berenang nak lepaskan gewang.

Ikan yang aku dapat hari ni dah diberikan kpd En Yus yang sampai kemudian.

Labels:

Wednesday, July 16, 2014

Misi mengawal populasi Peacock Bass

Biasanya aku turun casting dengan mentaliti CnR
tetapi kali ni memang nak angkut keluar sikit peacock bass untuk mengawal bilangannya yang dah terlampau banyak sampaikan haruan dan toman jadi takut (sebarau lagi la)
ikan yang aku dapat diberi kpd rakan yang nak makan..

Abu Garcia Black Max II, , Gawas CVX 20lb, Berkley Vanish 100% Fluorocarbon 25lb, Major Craft Basspara 10-16lb, Ofmer 4D Popper 65F

30 cm

beberapa ketika selepas ikan yang pertama, aku dapat strike skali lagi. setelah melayan ikan kiri dan kanan, tiba2 ikan melompatdan gewang pun terbang.... dengan kecewa + excited aku pon cek hook, mana tau lurus ke. rupa-rupanya single hook owner #4 tu patah :O... 1st time dalam sejarah casting aku.. peacock bass tu tak la besar sgt.. dlm 35cm je kot

owner single hook #4 patah dikerjakan peacock bass

Labels:

Wednesday, June 25, 2014

Candat sotong

20-22 Jun aku berpeluang pergi mencandat sotong. Setelah berpengalaman pada tahun lepas, maka kali ini persiapan mental dan fizikal mmg maksimum. Alhamdulillah, hasilnya agak banyak (normal) dan boleh repeat lagi kot.

salah seorang dari peserta bergambar semasa perjalanan
satu untuk kau, satu untuk aku

telah selamat disiang di rumah


Labels: ,

Tuesday, June 24, 2014

Peacock Bass

Entri ini bertujuan untuk muat naik gambar PB yang berjaya ku pujuk..

10 Mei 2014: Abu Garcia Black Max II, , Gawas CVX 20lb, Berkley Vanish 100% Fluorocarbon 25lb, Okuma Nemesis II 4-10lb, Ofmer 4D Popper 65F

08 Jun 2014: Abu Garcia Black Max II, , Gawas CVX 20lb, Berkley Vanish 100% Fluorocarbon 25lb, Major Craft Basspara 10-16lb, Storm Flutterstick 7cm BC
 
14 Jun 2014: Abu Garcia Black Max II, , Gawas CVX 20lb, Berkley Vanish 100% Fluorocarbon 25lb, Major Craft Basspara 10-16lb, Storm Flutterstick 7cm BC

14 Jun 2014: Abu Garcia Black Max II, , Gawas CVX 20lb, Berkley Vanish 100% Fluorocarbon 25lb, Major Craft Basspara 10-16lb, Ofmer 4D Popper 65F


14 Jun 2014: Abu Garcia Black Max II, , Gawas CVX 20lb, Berkley Vanish 100% Fluorocarbon 25lb, Major Craft Basspara 10-16lb,Storm Flutterstick 7cm Green Perch


Labels:

Monday, April 14, 2014

Lesen Peacock Bass

lama...
setahun gak
mcm malas nak mengarang ayat
padahal byk benda berlaku
Aesya Sufi, OFB, Talang.
-------------------------------------------------------------------------------------
Ape pun, kali ni aku nak post pasal Lesen Ikan Predator terbaru aku... Peacock Bass (PB)
lama juga aku membangau kat tepi tasik syabas tu menunggu ikan utk lesen baru.

maka ini la ceritanya

Catch: Peacock Bass (ikan raja) 30cm 12inch = 1 kaki
Lure: Water Craft Juliet (ye... gewang cap ayam. sbb aku tak berani pakai sinking ni.. kena la beli murah dulu)
Line: Gawas CVX 20lb
Leader: Berkley Vanish 100% Fluorocarbon 25lb
Snap: Owner (poundage tak ingat)
Reel: Abu Garcia Black Max
Rod: Okuma Nemesis II 4-10lb

2nd time aku bergambar bersama ikan.. sbb tu kaku

ikan yang agak "berwarna"

Labels:

Monday, March 11, 2013

custom Ofmer Bad-Dog 85F


setelah lama berkira-kira nak cat semula bad-dog... akhirnya aku terjumpa cat oren-merah yang sesuai di kedai hardware. setelah beberapa percubaan, akhirnya siap gak custom Ofmer Bad-Dog 85F orange red.

step:
1. tanggalkan mata ikan ni jap
2. kikis cat menggunakan scraper dgn berhati-hati (tak nak hilang sisik lure)
3. basuh.
4. spray 2 layer yang nipis dengan jarak 30minit antara 1st dgn 2nd layer. layer kedua tu nak cover balik miss spot je..
5. pasang semula mata ikan ni... (gam pakai 10 second glue)

mungkin boleh tambah lepas step 3. >> cuci dgn thinner/petrol  supaya lebih bersih

nanti aku akan beli beberapa lagi bad-dog ni untuk cat kaler lain lak... dan juga satu gewang WTD kegemaran aku untuk dicustom kan...

Labels:

Wednesday, January 30, 2013

Har Har Haruan

25-29 Januari aku balik kampung wife di Setiu. Musim kemarau selepas musim banjir memang aku tunggu2 sebab air di sawah lama menjadi kering.. so, casting haruan la jawabnya... ada juga aku pegi mancing di muara tapi sekali je.. dapat la bebulus dan buntal..

berbalik ke ativiti casting... nampaknya sawah lama ni dah overcast selepas banjir hari tu.. hampir ke semua lure aku haruan kat sana tak layan.. dari super spook jr black shad, booyah spinnerbait, bakau spinnerbait, katak kayu eupro, buzzbait custom, katak getah, dan yang aku beli baru ofmer bad dog. tiap2 hari aku cast pagi dan petang, namun hanya beberapa miss call je yg ade.

hari terakhir (beberapa jam sebelum nak bertolak balik putrajaya), berbekalkan baju yang biasa aku pakai untuk memancing (hari-hari sebelumnya aku pakai baju baru) dan sebentuk katak plastik cobia kaler oren.
setelah 15 minit aku cast, dapat la satu miss call yang aku tunggu2. terus cast semula di spot yang sama dan disambar ganas. dari rentapan2 yang dirasai pada rod tu, nampaknya haruan kali ni agak besar.namun, aku tak dapat kawal arah ikan dan menyebabkan ikan meluru ke arah semak berhampiran. setelah beberapa ketika melawan, akhir haruan dapat didaratkan. dapatlah aku renew lesen harun 2013.

Abu Garcia BlackMaxII|Okuma Nemesis II 4-10lb|Gawas CVX 20lb|Berkley Vanish 30lb|Katak Cobia kaler oren|53cm@21"|1.4kg



Labels:

Tuesday, December 11, 2012

Dah lama gila aku tak update blog ni...

7-10 Disember aku balik ke kampung orang rumah di setiu. selain dari balik sebab kenduri akikah, aku pon ade target...
1. mancing ikan duri dgn set UL (jumaat petang-malam) - dapat ikan duri besar lengan gak...
2. casting haruan...

setelah 3 pagi berturut2 aku casting dan beberapa curut dinaikkan, pada hari ketiga heddon super spook jr aku disambar kuat.... rupanya seekor haruan yang agar besar saiznya dah termakan pujukan walk the dog aku :D... lepas dah letak lip grip aku terus balik dan tunjuk mak mertua aku...

masa tengah basuh kaki aku teringat buzzbait yg aku tinggalkan kat pokok tempat aku berdiri casting tadi.. terus aku start motor sambil berdoa agar takde orang yang minat dgn buzzbait kesayangan aku tu (padahal casting dalam semak je)

sambil aku amik balik buzz bait tadi... aku pon casting lagi sedas dua.... setelah 15 minit casting... heddon aku disambar lagi.... kali ni lagi kuat.. ikan cuba fight... setelah lompat sekali dan cuba masuk ke celah rumput, akhirnya dapat gak aku letak  lip grip kat mulut dia..

terus aku redah selut semula dan balik ke rumah.. mak mertua aku gelak je tgk aku bawak balik ikan dengan lumpur penuh di kaki.

memang rezeki aku kali ni... buzzbait tak layan... gewang lak menjadi
haruan pertama
haruan kedua
semasa kawad cam

Labels:

Thursday, April 12, 2012

Kelong Raja (Repeat)


7 – 8 April 2012: Aku dan kawan2 ade trip ke Kelong Raja. Trip repeat ni mungkin disebabkan tahun lepas beberapa orang dari kami dapat senangin bersaiz table dan anak kerapu. Juga mungkin disebabkan beberapa bulan lepas abang kepada salah sorang dari kami dapat barracuda dengan menggunakan teknik belon kat sini. Jadi masing2 pon melangkah dengan semangat dan harapan tinggi :D. Jam 9:30pagi kami pon bertolak ke kelong..

Namun pada jam 3 petang, hujan lebat melanda


tapi budak2 ni tak reti bahasa, hujan reda sikit terus apollo... (tak tahan tgk group tamban)


Masa aku tgh solat maghrib, terdengar orang jerit mintak tangguk... rupanya ade org dapat jackpot..


bila ada ikan besar... ade la ikan2 lain kerumun... hahaha


menurut kata mamat ni, memang petua tok guru dia, kena mandi sebelum balik


gambar kontroversi, tukang masak kami tunjuk lambang the pleaser masa nak balik


ni la yang aku bwk balik utk bini... tolak yg kecik dilepaskan, tamban buat umpan hidup, lauk makan tgh hari dan malam


Kesimpulan: gerut2, gerong, gelama, tamban, pari, gerut2, gerong, biji nangka, buntal, sesirat, gerut2, gerong, gelama, gerut2, gerong, gerut2 lagi.. senangin tadak, kerapu tadak, jenahak lalu je pagi sabtu tu..

Labels: ,