Rinduku pada WCD

Thursday, September 18, 2014

Lesen snakehead utk Curado

Hari ni walaupun badan tak sihat, aku dapat juga lesen haruan utk curado. Total, 1 dapat, 1 rabut, 1 misscall. Ikan yg dpt dan misscall guna katak getah (lesen gak). Yang rabut guna buzzbait booyah

Shimano Curado 201HG, Braid cap ayam 20lb, Berkley Vanish 100% Fluorocarbon 25lb, Major Craft Basspara 10-16lb, Katak Getah Bakau/Surecatch (tak ingat)

35cm

Labels: ,

Tuesday, September 16, 2014

Memancing udang

Biasanya aku skeptikal sikit kalo part mancing udang. Mungkin sebab tak pandai dan selalu kumpau. Tapi disebabkan musim org tengah layan udang dan ade org offer naik bot.. layan je la. Aku memang pantang orang ajak naik bot. Hasilnya, dapat la aku lesen udang walaupun sebesar jari manis je (orang lain tak dapat langsung). Trip juga diselangi dengan drama menyelamatkan anak lembu yang stranded kat tebing (tak boleh panjat, tak boleh turun dalam air).



anak lembu lari ke dalam air apabila nak dikepung, terus halau balik ke tebing sebelum tangkap

Labels: ,

Sunday, September 14, 2014

Jigging paka

14 September adalah tarikh bersejarah buat aku sebab first time pi trip jigging dan boating bukan candat yang jauh sikit. Naik kat jeti Paka, seberang sungai dengan pasar Paka. bekalan air dan roti telah dibeli malam sebelumnya. Nasi tengahari tapau masa sarapan. Ais beli kat 7E. (rupanya lori ais datang masa tengah sarapan). Kesimpulan nya, trip kali ni hanya 2 orang dapat lesen jigging. Tapi tekong dah berusaha pindah banyak tempat, mungkin teknik jigging kami yang kaku (tengok video selepas balik). Yang pasti, aku nak repeat balik

Sarapan mengumpul tenaga

Bot yang kami naik
Acara jigging bermula

Tekong orang pertama bergasak
Anak tekong tukang tangguk
Tempat memang cantik, Tekong rajin pindah spot
Sifu Suhaimi bergasak dengan Ebek. Shimano Nascii 2000, Storm Gomoku Keiryo PE 0.4-1.0, Tuffline XP 10lb, Sunline 100% Fluoro 20lb, Jig Asari 60g

Lesen Jigging
Hasil lain

Hasil keseluruhan

Labels: ,

Saturday, September 06, 2014

Curado I ku hanyir juga

Setelah 1 bulan 11 hari beli Curado 201HG, dan hampir tiap minggu cast, akhirnya hanyir gak. Mangsanya sekor PB 34cm. Mulanya pada jam 8:15 aku dapat satu sambaran dengan flutterstick metallic perch. Tapi akibat palming reel yang salah, aku tertekan quickfire masa fight. Bila dah on balik, ikan pun bertahan sekejap sebelum rabut. Ikan yang aku dapat ni lak guna popper Yozuri 3DS. Sambaran yang cukup kuat menyebabkan sifu yang cast 20 meter dari tempat aku cast berpaling.


Shimano Curado 201HG, Braid cap ayam 20lb, Berkley Vanish 100% Fluorocarbon 25lb, Major Craft Basspara 10-16lb, Yo-Zuri 3DS Popper 65F HOK
34cm
 Ikan ni juga dah dikirim kpd En Yus.

Labels: ,