Rinduku pada WCD

Sunday, July 20, 2014

Misi mengawal populasi Peacock Bass #2

Hari ini (20 Julai 2014) casting PB diteruskan selepas jadual hari sebelumnya ditangguh atas sebab kecemasan keluarga. Sampai di syabas jam 7:20pagi, dah ramai dah mula casting dan ada yang dah gari ikan sampai 3 ekor. Port yang biasa aku lepak pon dah ade orang (org yang aku senyum kat dia tak dia tak berapa nak balas, so aku pon tak tanya apa2). Nampaknya kempen aku untuk mengurangkan ikan ni dah mendapat sambutan (cuma aku menbuat tangkapan terpilih, bawah dari 25 cm aku tak amik,diorang belasah je kecik2 pun).
Hasil misi mengawal populasi PB ni aku dapat tengok hari ni, 2 ekor toman bersaiz kira2 45cm lalu depan aku dan mengejar anak PB. Walaupun dia tak layan gewang tapi menunjukkan toman dah mula tak rasa terancam dengan PB kat sini.

Ok, kembali kepada aktiviti memancing. Selepas aku melintasi mamat tak nak senyum tu, ke port lama yang selang 30 meter dari port biasa. Alhamdulillah selang 2 minit kemudian dah ada strike namun bila sampai ke tepi ikan tersangkut di rumput dan selepas meronta, terlucut. Selang 20 minit dapat lagi seekor dan ikan terlucut juga bila aku dah angkat ke tepi.. Mungkin rezeki aku nak layan je kot. Setelah beberapa ketika, aku pindah ke port biasa (orang tu dah balik) dan serta merta mendapat strike, ikan cuba masuk ke samai di kiri dan kanan namun aku dapat kekang. Ni tangkapan pertama menggunakan flutter pearl ghost flash (2 yang lucut kat tebing tu pkai metallic perch).

Abu Garcia Black Max II, , Gawas CVX 20lb, Berkley Vanish 100% Fluorocarbon 25lb, Major Craft Basspara 10-16lb, Storm Flutterstick 7cm Pearl Ghost Flash

30 cm
Beberapa cast kemudian aku dapat 1 lagi strike. tapi jauh di depan samai dan ikan terus menuju tanpa aku dapat pam. Setelah beberapa  ketika ikan pun lucut dan aku kena berenang nak lepaskan gewang.

Ikan yang aku dapat hari ni dah diberikan kpd En Yus yang sampai kemudian.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home