Rinduku pada WCD

Tuesday, December 11, 2012

Dah lama gila aku tak update blog ni...

7-10 Disember aku balik ke kampung orang rumah di setiu. selain dari balik sebab kenduri akikah, aku pon ade target...
1. mancing ikan duri dgn set UL (jumaat petang-malam) - dapat ikan duri besar lengan gak...
2. casting haruan...

setelah 3 pagi berturut2 aku casting dan beberapa curut dinaikkan, pada hari ketiga heddon super spook jr aku disambar kuat.... rupanya seekor haruan yang agar besar saiznya dah termakan pujukan walk the dog aku :D... lepas dah letak lip grip aku terus balik dan tunjuk mak mertua aku...

masa tengah basuh kaki aku teringat buzzbait yg aku tinggalkan kat pokok tempat aku berdiri casting tadi.. terus aku start motor sambil berdoa agar takde orang yang minat dgn buzzbait kesayangan aku tu (padahal casting dalam semak je)

sambil aku amik balik buzz bait tadi... aku pon casting lagi sedas dua.... setelah 15 minit casting... heddon aku disambar lagi.... kali ni lagi kuat.. ikan cuba fight... setelah lompat sekali dan cuba masuk ke celah rumput, akhirnya dapat gak aku letak  lip grip kat mulut dia..

terus aku redah selut semula dan balik ke rumah.. mak mertua aku gelak je tgk aku bawak balik ikan dengan lumpur penuh di kaki.

memang rezeki aku kali ni... buzzbait tak layan... gewang lak menjadi
haruan pertama
haruan kedua
semasa kawad cam

Labels:

2 Comments:

Blogger Unknown said...

kawad cam? hahahaha!

4:31 PM  
Blogger soulrake said...

haha
dah kena tangkap...
kena la masuk dlm rekod

8:47 PM  

Post a Comment

<< Home