Rinduku pada WCD

Tuesday, September 16, 2014

Memancing udang

Biasanya aku skeptikal sikit kalo part mancing udang. Mungkin sebab tak pandai dan selalu kumpau. Tapi disebabkan musim org tengah layan udang dan ade org offer naik bot.. layan je la. Aku memang pantang orang ajak naik bot. Hasilnya, dapat la aku lesen udang walaupun sebesar jari manis je (orang lain tak dapat langsung). Trip juga diselangi dengan drama menyelamatkan anak lembu yang stranded kat tebing (tak boleh panjat, tak boleh turun dalam air).



anak lembu lari ke dalam air apabila nak dikepung, terus halau balik ke tebing sebelum tangkap

Labels: ,

Sunday, September 14, 2014

Jigging paka

14 September adalah tarikh bersejarah buat aku sebab first time pi trip jigging dan boating bukan candat yang jauh sikit. Naik kat jeti Paka, seberang sungai dengan pasar Paka. bekalan air dan roti telah dibeli malam sebelumnya. Nasi tengahari tapau masa sarapan. Ais beli kat 7E. (rupanya lori ais datang masa tengah sarapan). Kesimpulan nya, trip kali ni hanya 2 orang dapat lesen jigging. Tapi tekong dah berusaha pindah banyak tempat, mungkin teknik jigging kami yang kaku (tengok video selepas balik). Yang pasti, aku nak repeat balik

Sarapan mengumpul tenaga

Bot yang kami naik
Acara jigging bermula

Tekong orang pertama bergasak
Anak tekong tukang tangguk
Tempat memang cantik, Tekong rajin pindah spot
Sifu Suhaimi bergasak dengan Ebek. Shimano Nascii 2000, Storm Gomoku Keiryo PE 0.4-1.0, Tuffline XP 10lb, Sunline 100% Fluoro 20lb, Jig Asari 60g

Lesen Jigging
Hasil lain

Hasil keseluruhan

Labels: ,

Wednesday, June 25, 2014

Candat sotong

20-22 Jun aku berpeluang pergi mencandat sotong. Setelah berpengalaman pada tahun lepas, maka kali ini persiapan mental dan fizikal mmg maksimum. Alhamdulillah, hasilnya agak banyak (normal) dan boleh repeat lagi kot.

salah seorang dari peserta bergambar semasa perjalanan
satu untuk kau, satu untuk aku

telah selamat disiang di rumah


Labels: ,

Thursday, April 12, 2012

Kelong Raja (Repeat)


7 – 8 April 2012: Aku dan kawan2 ade trip ke Kelong Raja. Trip repeat ni mungkin disebabkan tahun lepas beberapa orang dari kami dapat senangin bersaiz table dan anak kerapu. Juga mungkin disebabkan beberapa bulan lepas abang kepada salah sorang dari kami dapat barracuda dengan menggunakan teknik belon kat sini. Jadi masing2 pon melangkah dengan semangat dan harapan tinggi :D. Jam 9:30pagi kami pon bertolak ke kelong..

Namun pada jam 3 petang, hujan lebat melanda


tapi budak2 ni tak reti bahasa, hujan reda sikit terus apollo... (tak tahan tgk group tamban)


Masa aku tgh solat maghrib, terdengar orang jerit mintak tangguk... rupanya ade org dapat jackpot..


bila ada ikan besar... ade la ikan2 lain kerumun... hahaha


menurut kata mamat ni, memang petua tok guru dia, kena mandi sebelum balik


gambar kontroversi, tukang masak kami tunjuk lambang the pleaser masa nak balik


ni la yang aku bwk balik utk bini... tolak yg kecik dilepaskan, tamban buat umpan hidup, lauk makan tgh hari dan malam


Kesimpulan: gerut2, gerong, gelama, tamban, pari, gerut2, gerong, biji nangka, buntal, sesirat, gerut2, gerong, gelama, gerut2, gerong, gerut2 lagi.. senangin tadak, kerapu tadak, jenahak lalu je pagi sabtu tu..

Labels: ,

Wednesday, February 08, 2012

Gunung Datuk



Mountain: Gunung Datuk [Bukit Datuk; Gunung Rembau; Gunung Datuk Rembau]
Height: 870m/2900ft
Location: Rembau, Negeri Sembilan.

4Februari2012..
Naik gunung lak

review aku... :

masa naik: 1jam 45 minit
kesukaran: pacak... mcm dari pacat ke pengasih selama 1jam 30 minit (takde landai)
sumber air: kat pintu masuk, tapi aku tak rekomen, baik beli je kat kedai
persiapan: air, 1-2 liter; baju hujan; dan lain2 yang biasa (daypack)
view: puncak mmg marvelous
lain2: kalo bernasib baik, boleh jumpa Dato' Khalid Yunus... dia regular kat situ


sumber air yang mengecewakan



pacak...



gunung ini dato' Jempol yang punya!!



makan-makan di atas



tangga ke puncak kejayaan



view tempat makan dari puncak sebenar



breathtaking view... both scenic and altophobic



gambar mereka yang menawan gunung datuk.. emm next?? gunung datin???

Labels: ,

Tuesday, January 24, 2012

Weekend di Penang

Aku balik penang untuk hadir majlis kenduri Pak Long Mail di Pokok Tampang. sambil2 tu bwk family jalan2 kat penang sbb anak2 tak pernah sampai penang lg.. kitorang pon nk mkn nasi kandar subaidah sg dua....

Gambar wajib: Atas Feri


Feri lagi


Padang kota lama


view dari apartment/homestay mak teh aku, teluk air tawar: nampak kelong byk tu... T_T


atas jambatan pulau pinang, lepas mkn nasi kandar dan shopping kat bukit jambul


singgah makan mee udang kat kuala sepetang


Mee Udang Mak Jah... tersohor satu malaya


Mee udang biasa: Kiri, RM8; Mee udang Spesial: Kanan, RM11

Labels: , , ,

Wednesday, January 18, 2012

Sabah Ba...

Alhamdulillah.. aku berpeluang bercuti bersama family (aku, wife, dan anak2) ke negeri di bawah bayu... Sabah ba.


Selalunya aku akan split trip report jika lebih dari satu hari.. tapi kali ni aku rasa nak tulis panjang skek.

Aku dah mula cuti hari Jumaat.. sebab flight pukul 3 petang. dapatlah aku prepare sikit2 sebelum bertolak. tepat jam 1, wife aku pun balik dari sekolah, kami pun terus bergegas ke LCCT. setelah turunkan wife, anak2 dan beg; aku park kereta..jauh dari terminal (sbb nak park free). setelah berlari2 anak ke terminal, aku duduk kat kerusi mcD dgn family sambil sejukkan badan. budak2 excited sbb diorang tau nak jalan jauh... tapi diorang tak tau nak pegi mana dan tak tau jauh mana nak travel kali ni.. setelah semua settle down, kami pun melangkah ke gate boarding utk memulakan percutian kami...... Kapal terbang berlepas jam 3:05 petang. mula2 afina dan dhia excited nampak kapal terbang dari jarak dekat.. masing2 terpegun tgk sbnrnya kapal terbang tu besar berbanding yg kat langit dan kat anjung tinjau KLIA... sebelum take off... mereka agak terkejut dgn keadaan kabin yg berbeza dgn kenderaan harian. sempit, bising, dan kena pakai seat belt... Sampai di Terminal 2 KK, aku terus call syarikat kereta sewa yg dah kami arrange awal2.

yang berikutnya... saksikan adventure kami berempat....
JENG... JENG... JENG...


HARI PERTAMA

Tiba di Terminal 2 : budak2 dah tido keletihan


Kenderaan kami sepanjang percutian


Penginapan kami sepanjang 3 hari: Promenade Service Apartment


Ada dapur utk masak: kelihatan dua Junior Masterchef sedang beraksi


HARI KEDUA

semasa main hujan di Tip Of Borneo



Allahuakbar. memang majestic tempat ni, tapi sayang hujan lak



HARI KETIGA

Jambatan Tamparuli
Pak pak kang ku doh
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Bakasut tinggi oku



lookout point sebelum timpohon gate



timpohon gate



Timpohon Gate, Gunung Kinabalu (6,122ft)



sejuk...



mengintai puncak Kinabalu dari Kundasang



intai dari jalan bundu tuhan - tamparuli pula



sepetang di Yayasan Sabah



.........................................................................



FACES


Dhia: "Kota Belud?? Eeee.. tak suka belut"



Tak sejuk....



Geared up for climbing



sebelum daki... baca dulu



MAKAN


Hampir tiap hari kami makan/beli makan kat Pasar Philippine ni; ni waktu siang hari



lobster monster: RM350 sekor.. tp ade je orang beli



tak sangka ade org makan sailfish ye



kami pilih yg tak berapa monster :p , ikan aya tuna RM10 dgn udang RM15



Tarap.. sedap. tapi busuk mcm getah terbakar



air kelapa.. segar



nasi goreng biasa... banyak gile



siap ade rainbow kat belakang



UNTUK KAWAN-KAWAN!!



rosak... rosak

Labels: , , ,