Har Har Haruan
25-29 Januari aku balik kampung wife di Setiu. Musim kemarau selepas musim banjir memang aku tunggu2 sebab air di sawah lama menjadi kering.. so, casting haruan la jawabnya... ada juga aku pegi mancing di muara tapi sekali je.. dapat la bebulus dan buntal..
berbalik ke ativiti casting... nampaknya sawah lama ni dah overcast selepas banjir hari tu.. hampir ke semua lure aku haruan kat sana tak layan.. dari super spook jr black shad, booyah spinnerbait, bakau spinnerbait, katak kayu eupro, buzzbait custom, katak getah, dan yang aku beli baru ofmer bad dog. tiap2 hari aku cast pagi dan petang, namun hanya beberapa miss call je yg ade.
hari terakhir (beberapa jam sebelum nak bertolak balik putrajaya), berbekalkan baju yang biasa aku pakai untuk memancing (hari-hari sebelumnya aku pakai baju baru) dan sebentuk katak plastik cobia kaler oren.
setelah 15 minit aku cast, dapat la satu miss call yang aku tunggu2. terus cast semula di spot yang sama dan disambar ganas. dari rentapan2 yang dirasai pada rod tu, nampaknya haruan kali ni agak besar.namun, aku tak dapat kawal arah ikan dan menyebabkan ikan meluru ke arah semak berhampiran. setelah beberapa ketika melawan, akhir haruan dapat didaratkan. dapatlah aku renew lesen harun 2013.
Abu Garcia BlackMaxII|Okuma Nemesis II 4-10lb|Gawas CVX 20lb|Berkley Vanish 30lb|Katak Cobia kaler oren|53cm@21"|1.4kg
Labels: Memancing









