Rinduku pada WCD

Monday, January 07, 2013

Figura aksi Boboiboy

Lengkap akhirnya, koleksi Action Figure Boboiboy. Wave ke 3 ni (Gopal dan Boboiboy Petir) lambat dari jadual. Gembira sgt afina bila tgk Gopal yang ditunggu2 menandakan ketiga-tiga wave dah keluar...

Labels: ,

Wednesday, January 02, 2013

1st Day to School


dah masuk sekolah dah anak2 aku (taska je pon).... sayu je memikirkan lepas ni dah mula hari2 persekolahan sampai la masuk ke universiti (insyaallah). Dhia laju je lari masuk ke dalam. Afina slow2 ikut tapi aku terus mtk dia duduk kat meja lepas letak beg. bila cikgu suruh amik kerusi, dia menurut je.. huhhh....

Labels: , ,

Tuesday, September 18, 2012

Happy Birthday Afina

afina dah tiga tahun...
skjp je rasa....
tak lama lagi dah nak pi sekolah..
besar skek dah ikut kawan2 je...
kek red velvet berbentuk no 3

Labels:

Tuesday, January 24, 2012

Weekend di Penang

Aku balik penang untuk hadir majlis kenduri Pak Long Mail di Pokok Tampang. sambil2 tu bwk family jalan2 kat penang sbb anak2 tak pernah sampai penang lg.. kitorang pon nk mkn nasi kandar subaidah sg dua....

Gambar wajib: Atas Feri


Feri lagi


Padang kota lama


view dari apartment/homestay mak teh aku, teluk air tawar: nampak kelong byk tu... T_T


atas jambatan pulau pinang, lepas mkn nasi kandar dan shopping kat bukit jambul


singgah makan mee udang kat kuala sepetang


Mee Udang Mak Jah... tersohor satu malaya


Mee udang biasa: Kiri, RM8; Mee udang Spesial: Kanan, RM11

Labels: , , ,

Wednesday, January 18, 2012

Sabah Ba...

Alhamdulillah.. aku berpeluang bercuti bersama family (aku, wife, dan anak2) ke negeri di bawah bayu... Sabah ba.


Selalunya aku akan split trip report jika lebih dari satu hari.. tapi kali ni aku rasa nak tulis panjang skek.

Aku dah mula cuti hari Jumaat.. sebab flight pukul 3 petang. dapatlah aku prepare sikit2 sebelum bertolak. tepat jam 1, wife aku pun balik dari sekolah, kami pun terus bergegas ke LCCT. setelah turunkan wife, anak2 dan beg; aku park kereta..jauh dari terminal (sbb nak park free). setelah berlari2 anak ke terminal, aku duduk kat kerusi mcD dgn family sambil sejukkan badan. budak2 excited sbb diorang tau nak jalan jauh... tapi diorang tak tau nak pegi mana dan tak tau jauh mana nak travel kali ni.. setelah semua settle down, kami pun melangkah ke gate boarding utk memulakan percutian kami...... Kapal terbang berlepas jam 3:05 petang. mula2 afina dan dhia excited nampak kapal terbang dari jarak dekat.. masing2 terpegun tgk sbnrnya kapal terbang tu besar berbanding yg kat langit dan kat anjung tinjau KLIA... sebelum take off... mereka agak terkejut dgn keadaan kabin yg berbeza dgn kenderaan harian. sempit, bising, dan kena pakai seat belt... Sampai di Terminal 2 KK, aku terus call syarikat kereta sewa yg dah kami arrange awal2.

yang berikutnya... saksikan adventure kami berempat....
JENG... JENG... JENG...


HARI PERTAMA

Tiba di Terminal 2 : budak2 dah tido keletihan


Kenderaan kami sepanjang percutian


Penginapan kami sepanjang 3 hari: Promenade Service Apartment


Ada dapur utk masak: kelihatan dua Junior Masterchef sedang beraksi


HARI KEDUA

semasa main hujan di Tip Of Borneo



Allahuakbar. memang majestic tempat ni, tapi sayang hujan lak



HARI KETIGA

Jambatan Tamparuli
Pak pak kang ku doh
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Bakasut tinggi oku



lookout point sebelum timpohon gate



timpohon gate



Timpohon Gate, Gunung Kinabalu (6,122ft)



sejuk...



mengintai puncak Kinabalu dari Kundasang



intai dari jalan bundu tuhan - tamparuli pula



sepetang di Yayasan Sabah



.........................................................................



FACES


Dhia: "Kota Belud?? Eeee.. tak suka belut"



Tak sejuk....



Geared up for climbing



sebelum daki... baca dulu



MAKAN


Hampir tiap hari kami makan/beli makan kat Pasar Philippine ni; ni waktu siang hari



lobster monster: RM350 sekor.. tp ade je orang beli



tak sangka ade org makan sailfish ye



kami pilih yg tak berapa monster :p , ikan aya tuna RM10 dgn udang RM15



Tarap.. sedap. tapi busuk mcm getah terbakar



air kelapa.. segar



nasi goreng biasa... banyak gile



siap ade rainbow kat belakang



UNTUK KAWAN-KAWAN!!



rosak... rosak

Labels: , , ,

Tuesday, January 03, 2012

48 hour Spongebob-a-thon


Are you ready kids "Aye Aye Captain"
I Can't hear you "AYE AYE CAPTAIN"
Ohh...
Who lives in a pineapple under the sea
"Spongebob squarepants"
Absorbant and yellow and porous is he
"Spongebob Squarepants"
If nautical nonsense be something you wish
"Spongebob Squarepants"
Then drop on the deck and flop like a fish
"Spongebob Squarepants"
READY
Spongebob squarepants
Spongebob squarepants
Spongebob squarepants



48 hour Spongebob-a-thon
31st Dec 2011 7:00am - 2nd Jan 2012 7:00am
plus a normal scheduled 7:00am-8:00am Spongebob

Labels: ,

Thursday, December 22, 2011

malaysia - gol!!

Malaysia - Gol!!.... itulah reaksi anak aku kalo ditunjuk jersi malaysia

lepas tu mula la cari bola dan sepak2

Labels: ,

Monday, September 26, 2011

Genting Highlands

25 September. Birthday wife. Ini adalah kali pertama aku drive sendiri ke Gohtong Jaya. Pertama kali gak bawak wife dan anak2. Saje je bwk semua jalan2. Kabus agak tebal semasa dalam kereta kabel. orang di first world pon tak ramai sangat. boleh la bwk anak2 jalan.


Labels: , , ,