Rinduku pada WCD

Tuesday, August 30, 2011

Laporan Pancing Raya #5

Hari ni air kat kolam tepi kebun getah surut. smp tahap boleh bjalan ke tgh. tp meniti atas rumput la. aku nk try casting haruan. alang2 bottom skali. tp tgh meniti, aku jatuh ke dlm lumpur. siap selipar tertimbus dlm lumpur. tp sbb smgt sgt dan jrg dpt peluang air surut, aku teruskn gak. setelah sejam casting dan bottom, kumpau akhirnye. siap hilang satu SP dgn jighead. ade sekor ikan besar lalu tepi, still xnk smbr umpan. ikan tu buat trail buih spjg 12 kaki. kitorg pon cast gila2 kat situ sbb ikan dan terkepung. tp selamba je dia patah blk n blah. xpe.. esok ptg aku try lg.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Labels:

Salam Aidilfitri


Taqobbalallahu minna waminkum solehal a'mal.minal a'idin walfaizin.

Ikang ruang ikang keli,
Ikang kakap ikang ketuke;
Sempene hari raya aidilfitri,
Jmputla ambe ke rumoh tbuke.

Ikang cermin pulau kapas,
Ikang ebek muara pekan;
Pitih raya nok sebekas,
Hulur tgn smbl bmaafan.

slmt hari raya.maaf zahir batin

-hairi,nani,afina&dhia
Published with Blogger-droid v1.6.8

Labels:

Monday, August 29, 2011

Laporan Pancing Raya #4

Ptg td aku repeat tasik kt restoran terapung. tp kali ni bottom. umpan cacing. mgkn agak lewat aku start(5:00pm). sbnrnye aku target nak gi 9:00am tp kna bwk mertua gi pasar. dan aku xsanggup nk mancing sblm bbuka. so, alang2 dah cari cacing, aku redah je la. hasilnye, ikan talapia bsr ibu jari. aku try wat umpan hidup. tp hampeh.
aa. mlm ni mertua aku msk ikan haruan hasil mlm td. hrp2 sdp.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Labels: ,

Laporan Pancing Raya #3




baru je blk dr mburu haruan. alhamdulillah. akhirnye dpt gak haruan yg aku tggu2. wpon sekor je tp ckup la utk renew lesen haruan. byk pkara best disebabkan dpt haruan td.
1. renew lesen haruan
2. aku xpnh target jenis ikan kcuali kali ni.
3. haruan yg aku dpt guna umpan hidup yg dipancing.
4. saiznye leh thn gak. dlm 40cm
5. guna banax sx4000se yg baru je kuar kotak.
6. ikan sambar kuat smp joran rebah n loceng tlucut jatuh dlm air.

**********Puas hati**********


Published with Blogger-droid v1.6.8

Labels: ,

Sunday, August 28, 2011

Laporan Pancing Raya #2

hari ni aku aku teruskan pemburuan haruan dan kali ni kat tasik kecil tepi kebun getah. kebetulan mlm td hujan spjg mlm. air naik smp tenggelam kan jln masuk. so mmg lubuk haruan mmg tenggelam la. try gak cast 2-3 kali tp xde lubuk dah jd jauh sgt. bottom dpt la 2 ikan "sumpit" (*to be revised). so kitorang tukar ke port baung. spt yg dijngka, air laju akan mengurangkan hasil. dpt la baung sekor, kenjing (*to be revised) beberapa ekor dan sepit biru sekor. mlm ni aku akan try pujuk adik ipar gi buru haruan lg. tggu sejam lps ujan. hrp akan tamatkan kumpau haruan.
lagi satu, reel banax sxc500 baru aku mmg best. set drag kecik je. so dpt dgr ikan tarik td :-D
Published with Blogger-droid v1.6.8

Labels: ,

Saturday, August 27, 2011

Laporan Pancing Raya #1

hari ni, smp je kampung, trus aku set joran casting. dgn berbekalkan katak kipas santec dan soft plastic kaler lutsinar, aku pon casting kat tasik kecik bhampiran rumah. hasilnye dh tentu kumpau. sbb haruan hnye main kt tmpt yg xsmp nak cast. mgkn kna try bottom kt sini.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Labels: ,

Sunday, August 21, 2011

Mmg gilo


Labels: ,

Tuesday, August 09, 2011

Berbuka puasa bersama kawan-kawan

Hari sabtu gak, geng-geng opis plan berbuka puasa ramai2 kat kedai. aku dah survey malee tomyam dengkil pada petang jumaat. tapi sabtu petang baru leh order. so, balik mancing di lukut, terus kami booking tempat dan order makanan.

so dipendekkan cerita, petang tu kami pon berkumpul 15 orang (termasuk family masing2) dan berbuka sama2. mmg meriah sungguh.

berikut adalah senarai menu yg kami makan mlm tu:
Siakap 3 rasa (besar)x 2ekor
Siakap Stim (besar)x 2ekor
Kailan ikan masin (2orang makan) x 3 hidang
Tomyam ayam (3orang makan) x 2 hidang
Teh O ais, Limau ais, Teh O ais limau ( 1 jag setiap satu)
Telur dadar - aniz bawak
Sayur campur - aniz bawak

No. Telefon Malee Tomyam Dengkil : 03-87680135

Labels: ,

Jeti Memancing Muara Sg. Lukut

Hari sabtu lepas, aku, Rizam dan Arif pegi mancing kat Sg Lukut. Rizam dah beli sikit ikan selayang dan udang buat spare kalau-kalau kedai umpun tak bukak(sbb bulan puasa kan...). tapi lega hati masing2 sebab sampai je kat simpang pekan tanah merah tu, dah nmpk makcik jual umpun tgh tggu dgn payung besar. so kami pon beli sebungkus umpun dan terus ke muara sg lukut.
dalam 8:30 kami pon mula memancing. arif dan rizam dah mula dulu. aku tgk2 sambil setting joran. sambil aku tggu umpan di makan ikan, sempat la sembang dgn beberapa orang tempatan.
joran kuning aku bergoyang2 manja. rupanya ade anak belanak yg besar skek dari jari telunjuk aku. rezeki nk jadi org 1st dapat :D. aku pon buat umpan hidup untuk joran yg kedua. sambil aku leka pasang blk umpan kat joran kuning tadi, joran kedua yg pakai umpan belanak tu strike.dapat ikan todak :D. best sgt kalo dpt ikan pakai umpan hidup yg dipancing sendiri.

kemudian beberapa ikan kecil pon naik lagi. dalm pukul 11:00 ujan mula turun. tapi tak lebat sgt, so kami teruskan je. dalam jam 12:00 brader baju coklat dapat ikan besar, tarik sampai tepi, tak sempat amik tangguk ikan terlucut. kemudian giliran arif lak, dgn joran rizam dia dapat ikan senangin besar. tapi tak sempat tangguk gak, perambut putus.

pemancing lain ade dapat ikan daun baru, telinga gajah, dah kerapu. tapi tu semua masa kami dah nak balik. mesti ikan naik sbb ujan dah berhenti. ape pon kami mesti balik sbb ade janji dak bbuka puasa dgn bdk2 ofis ptg nanti...

jeti memancing maamood... mesti kna repeat!

Labels: ,

Monday, August 01, 2011

sungai sepang besar

30 Julai, aku ikut 6 orang pemancing tegar gi redah post mancing kat sg. pelek, sg. sepang besar dan sg. sepang kecil.
dgn menggunakan peta dari google earth (tak print pon... main hafal je)kami redah semua port yg nmpk dlm peta tu. kedai2 umpan pon kami survey melalui wikimapia.

perjalanan bermula jam 6:30pagi di rumah kharul pak kassim di P9. mula mmg 6:30pagi, tapi kereta gerak pukul 7 gak :D. singgah sarapan di pekan salak. akhirnya sampai pekan sg pelek jam 8:30pagi. perkara pertama, singgah pasar utk beli umpan sambil tanya2 org kat pasar. byk gak input yg kami dapat. sambil survey2 kedai mancing, kami pon menuju ke port pertama dalam hujan.

Port pertama- jeti sg pelek. air agak surut, ade seorang pemancing je kat sana. kami pon setup joran sambil sembang2. anak ikan byk dok main kat bwh jeti. kat seberang sana nmpk ikan dok melompat. tp hasil mmg kurang. mgkn sbb air surut lg. aku dapat anak ikan kacang sekor dan anak ikan gerut2 2 ekor.

Port kedua- Jeti Sg. Sepang Kecil. kat sini air tak naik lagi.. so survey je la

Port ketiga - Jeti Pak Harun. kat sini agak best tapi kami ramai sgt.. so asik terbelit sesama sendiri. ade gak perkhidmatan sewa bot mancing dan mancing atas sangkar. tapi kat sini dapat sesirat je sekor. so 6:00 petang kami pindah balik ke port pertama.

ni senarai kedai2 jual umpan di sg pelek:

  • Akuarium Ikan Duyung, Taman Damai (buka 9:30 pagi) - udang hidup

  • Kedai Tepi Kedai Sport Toto - udang hidup, umpun2

  • Kedai belakang SJK(C) Wah Lian (buka 10:00 pagi, sekolah ni kna masuk ke dalam skek dari simpang empat) - katak

  • Pasar Sg Pelek.

ketiga2 kedai ade jual peralatan memancing, kedai no 2 tu banyak skek barang dia.

Labels: ,