sungai sepang besar
30 Julai, aku ikut 6 orang pemancing tegar gi redah post mancing kat sg. pelek, sg. sepang besar dan sg. sepang kecil.
dgn menggunakan peta dari google earth (tak print pon... main hafal je)kami redah semua port yg nmpk dlm peta tu. kedai2 umpan pon kami survey melalui wikimapia.
perjalanan bermula jam 6:30pagi di rumah kharul pak kassim di P9. mula mmg 6:30pagi, tapi kereta gerak pukul 7 gak :D. singgah sarapan di pekan salak. akhirnya sampai pekan sg pelek jam 8:30pagi. perkara pertama, singgah pasar utk beli umpan sambil tanya2 org kat pasar. byk gak input yg kami dapat. sambil survey2 kedai mancing, kami pon menuju ke port pertama dalam hujan.
Port pertama- jeti sg pelek. air agak surut, ade seorang pemancing je kat sana. kami pon setup joran sambil sembang2. anak ikan byk dok main kat bwh jeti. kat seberang sana nmpk ikan dok melompat. tp hasil mmg kurang. mgkn sbb air surut lg. aku dapat anak ikan kacang sekor dan anak ikan gerut2 2 ekor.
Port kedua- Jeti Sg. Sepang Kecil. kat sini air tak naik lagi.. so survey je la
Port ketiga - Jeti Pak Harun. kat sini agak best tapi kami ramai sgt.. so asik terbelit sesama sendiri. ade gak perkhidmatan sewa bot mancing dan mancing atas sangkar. tapi kat sini dapat sesirat je sekor. so 6:00 petang kami pindah balik ke port pertama.
ni senarai kedai2 jual umpan di sg pelek:
- Akuarium Ikan Duyung, Taman Damai (buka 9:30 pagi) - udang hidup
- Kedai Tepi Kedai Sport Toto - udang hidup, umpun2
- Kedai belakang SJK(C) Wah Lian (buka 10:00 pagi, sekolah ni kna masuk ke dalam skek dari simpang empat) - katak
- Pasar Sg Pelek.
ketiga2 kedai ade jual peralatan memancing, kedai no 2 tu banyak skek barang dia.
Labels: Memancing, Travel Log





0 Comments:
Post a Comment
<< Home