Prolog
ni adalah trip pertama lps raya (trip2 solo ke dengkil tak kira la). harapan menggunung sbb dah lama tak pi trip mancing.
Chapter I - Pergerakan
Pergerakan ke jeti terbahagi 3. Group 1st sepatutnya gerak pukul 6 petang sbb air pasang penuh jam 7 lebih. tapi sbb tunggu cukup korum, maka puul 8 baru gerak dari putrajaya. Group 2nd (aku dlm group ni) gerak 8:30mlm. group 3rd sampai jeti dlm pukul 10:30mlm.
Chapter II - Hasil Tangkapan
hasil yg aku dpt agak kurang mlm tu sbb tumpu kpd joran 8kaki yg baru. tapi alhamdulillah, ketiga2 joran aku mengena. joran 8 kaki dapat ikan gelama sekor, joran udang dpt bebolos sekor, joran utama(kuning) dapat ikan sebelah, gelama, gerut-gerut. Yang lain ade dapat ketam, menerusi kaedah pancing dan juga bento. Sorang pemancing baru dapat malong.
Chapter III - Insiden Luar Dugaan
Jam 3 pagi kami dikejutkan dgn aksi luarbiasa (tak kena mengena dgn memancing). tapi tak dapat ditulis di sini bagi menjaga kerahsiaan. (hahahaha... gelak besar)
Chapter IV - Pengunduran
Group aku balik jam 8 pagi sbb dah ade temujanji nak ke rumah terbuka ( tak pegi pon- sori ya kak zarith).
Epilog
Mungkin hasil yg aku dapat berkaitan dgn harapan menggunung utk dpt ikan yg agak besar. Nmpknya sifat rendah diri dan redha sgt perlu dalam diri pemancing. Rezeki tidak terletak di tangan kita; tapi, kita sbg manusia wajib berusaha untuk memperbaiki hidup. Dalam konteks pemancing; hasil tangkapan adalah rezeki dan tidak boleh dicemuh atau kecewa, tapi kita boleh berusaha dengan menggunakan pelbagai teknik dan taktik yang diketahui untuk mendapat hasil yang diinginkan. selebihnya terpulanglah kpd Yang Memberi Rezeki. Manusia mudah lupa.
pehhhhhhh......




Labels: Memancing, Travel Log