Rinduku pada WCD

Friday, April 22, 2011

Earth Day - emo

Rasanya ramai yang tak perasan bahawa hari ni (22 April) adalah Earth Day. Mungkin terlalu sibuk dengan aktiviti harian, majlis2 di pejabat, atau simply disebabkan earth day ni bukan hari cuti umum. dalam pengalaman aku terlibat dgn beberapa aktiviti outdoor, nmpk sgt kesan manusia terhadap alam. tak kira la semasa trekking, camping atau memancing.

''Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".''(Al-Baqarah:30), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman


Pada pendapat aku, jika manusia2 ni melakukan kerosakan pada alam sekitar, maka manusia ni tak ubah seperti parasit. Istilah parasit ni secara umum adalah :-

Parasit:- hubungan simbiotik antara organisma yang berlainan spesis, di mana spesis pertama mendapat keuntungan dari spesis kedua, yang mana spesis kedua mendapat kerugian dari perhubungan tersebut.

Tafsiran aku: manusia tinggal kat bumi, ambil semua resource dan bumi hancur disebabkan perbuatan manusia itu tadi.


Kesimpulan dari ape yang aku cuba sampaikan hari ni, kalau tak berkuasa/tak mampu/ tak reti cara nak memulihara alam sekitar, cukuplah sekadar tidak menambah kerosakan yang sedia ada. memang la skrg dah akhir zaman, (tanda-tanda kiamat dah banyak) tapi pikirlah jugak nanti bila ditanya pasal peranan kita sbg khalifah dalam memelihara/menghancurkan amanah yang telah diberi.


Kalau manusia boleh kelaskan kutu sbg parasit, jangan la kita jadi macam kutu lak.


Sesungguhnya Allah mengetahui usaha dan niat kamu walaupun orang lain tak nampak.

Labels: ,

3 Comments:

Blogger Unknown said...

Insaf-insaf. Oooo.. patut lah google doodle hari ni dah lain. Erath Day rupanya..

10:52 AM  
Blogger Unknown said...

Alamak, salah eja *Earth Day*

10:53 AM  
Blogger soulrake said...

hoho.. tazkirah skek

11:02 AM  

Post a Comment

<< Home