Rinduku pada WCD

Tuesday, October 05, 2010

Taman Negeri Royal Belum - Pulau Banding

Pada 2 dan 3 Oktober, Aku, CC Zahar, En Suhaimi, Kerol buat trip survey tapak (a.k.a. redah je) ke Pulau Banding. Trip bertujuan utk survey kawasan/pakej/harga utk group yang lebih besar dan sebagai mengisi masa sebelum trip utama (insyaallah...) ke Pulau Kapas Awal Tahun 2011.
Personally, aku join sbb
  • aku dah gatal sgt nak gi camping,
  • release perkara yang serabut dalam otak (dengan sibuk aktiviti dan melihat ketenangan alam) dan
  • nak test beg n khemah baru(heh.)
Trip bermula 8:30 pagi dari depan Maybank JPA. Singgah di Stesen Shell utk beli gas dapur(takde pon), dan minum pagi di Restoran Jejantas Sungai Buloh. 10:30 pagi kami pon meneruskan perjalanan ke Kuala Kangsar dan makan tengahari di Medan Pasar bersebelahan Sungai Perak. Pukul 1:30 kami meneruskan perjalanan. Di Gerik, singgah rehat di stesen minyak dan beli garam utk kegunaan di Banding. Dalam jam 4:00 petang kami sampai di Belum Rainforest Resort dengan harapan dapat menyewa tapak utk camping. Pada mulanya pihak resort tak nak layan sbb kami datang walk-in dan baru ade group lain baru habis. Lepas bincang dengan beberapa orang staf kat situ, akhirnya Encik Amir bagi gak kami sewa tapak khemah complete dengan lampu dan fasiliti asas lain. Lega... Kitorang pon pacak la khemah, cari kayu utk unggun api. Masa tengah sibuk2 kutip kayu tu, ade sekor monyet datang senyap2 dan larikan biskut dari beg aku. Tergamam semua. Nak gelak pon ade. ketawakan kelalaian sendiri, sbb dah sampai hutan pon masih leka lagi. Lepas setup semua. kami keluar ke kedai makan di Jeti Awam Pulau Banding. Survey beberapa tempat lain dan terus masuk balik sbb dah nak malam (nak buat unggun api).

Malam dipenuhi dengan aktiviti sembang, makan megi, dan minum kopi. best gak bila semua teknologi dah xde. kecuali telefon la. Kami mula tido jam 12:00 tgh malam. Aku bangun balik untuk angkat towel kat luar sbb hujan. lepas tu layan sejuk dalam sleeping bag dengar hujan menitik kat khemah (baru... heh).

Pagi memang best. Tenang, burung pon tak bangun lagi. Kabus penuh atas tasik dan bukit2 sekitar.

kitorang pon siap2. mandi. kemas khemah. sbb nak travel jauh balik. Lepas sarapan kat jeti, kitorang pon bertolak balik ke Putrajaya

Labels:

2 Comments:

Blogger darthmental said...

aku heran + misteri.. camna "jawa" tu bleh ikut skali? hahaha! :P

12:39 PM  
Blogger soulrake said...

haha.. firestarter tu..
unggun api dia yang handle

8:44 AM  

Post a Comment

<< Home