Day 2: Trekking
lepas breakfast, kami bertolak ke tempat mula trail untuk trekking. setelah mendengar taklimat dari guide dan warmup/stretching lebih kurang, kami berpecah kepada 2 group dan terus menyusuri trail masuk ke hutan. guide ceritakan pasal kegunaan beberapa pokok renek. ade gak pokok tongkat ali tapi daun yang rendah dah abis. so kalo nak try gak, kena la panjat.
ade satu rumpun buluh yang besar. bahagian bawah ade ruang yg cukup besar untuk org masuk dan bermalam semasa kecemasan. tapi guide tu ckp, kena hati2, kadang2 dah ade penghuni lain masuk dulu (ular sawa, harimau, kerbau pendek). trekking diteruskan sampai ke simpang untuk ke canopy walkway/bukit terisek. guide bagi pilihan kat sape2 yang tak larat/ ade masalah kesihatan, boleh terus ke canopy walkway sbb laluan ke bukit terisek agak mencabar. so, beberapa orang tinggal dan yg lain terus naik.
Labels: Taman Negara 2010, Taman Negara Trip, Travel Log





0 Comments:
Post a Comment
<< Home